kemana hati hendak dibawa?
Ke mana hati hendak dibawa?
Jika segala harapan dan impian hancur musnah,
Jiwa muda ini tidak pernah bersalah…
..pernah punya cita-cita,
namun kini dia kekurangan…
liku-liku hidup menjadi cabaran.
Ke mana hati hendak dibawa ?
Jika segala harapan dan impian hancur musnah,
Ibu dan ayah sudah tiada,
Kini keseorangan…kesepian..
Tanpa hala tujuan.
Ke mana hati hendak dibawa?
Sekiranya dunia kini medan peperangan..keganasan,
Kedamaian kekal impian,
Adilkah jika ada yang menderita sebegitu rupa..
Dan ada yang masih bergembira?
Ke mana hati hendak dibawa?
Jika tidak setitik pun air mata kita untuk mereka..
Ke mana hati hendak dibawa?
Jika tiada yang berani bangkit menghadapi penindasan..
Benarkah kita ini manusia?

0 Comments:
Post a Comment
<< Home